Thursday, 1 November 2012

SBS bab 10




A
khirnya tarikh untuk ke Langkawi sudah pun tiba pada hari ini, company trip ini membawa 50 orang kaki tangan kedua-dua syarikat iaitu Lucifer Corporation dan Impian Holdings. Kami ke sana menaiki kapal terbang persendiriran milik keluarga Daisuke. Nama pun keluarga kaya mestilah memiliki kesemuanya.
Daddy, Arie ingat nak naik helikopter lah dengan Lysa,” ujar Tengku Zarief meminta izin dari daddynya untuk menggunakan helikopter persendirian mereka. Aku mula tak tentu arah, gila apa nak pergi dengan dia. Aku tak naklah nanti dia bawa aku melencong entah ke mana pula.
Tengku Zafran yang sememangnya merenung Allysa perasan akan perubahan mukanya dan mula merasa geram pada Zarief yang tak sudah-sudah hendak menggoda Allysa.
“Arie, kau tak payah mengada sangat. Naik flight sudah jimat sikit,” tegas suara Tengku Zafran menjawab pertanyaan Zarief pada daddy mereka.
“Yang abang sibuk ni kenapa?” soal Tengku Zarief tidak puas hati dengan sikap abangnya itu.
“Betul cakap abang kamu tu Arie, kita pergi sekali. Daddy tak benarkan kamu guna helikopter ke sana. Kita naik flight dengan staf semua.” Ujar Tengku Ikmal apabila dapat melihat riak wajah kedua orang anaknya.
“Sudahlah tu, jom kita masuk. Nanti lambat pula kita sampai,” ujar Tengku Melati pula, dia dapat rasakan bahawa kedua-dua anaknya menyukai anak Datuk Malik iaitu Puteri Allysa Diesya. Memang dia akui bahawa Allysa amat cantik berbanding Sarah Illyana.
Datik Kirana dan Sarah Illyana merenung tajam tanda tidak puas hati pada Allysa. Datin Kirana geram apabila anak lelaki keluarga Daisuke begitu mengambil berat pada Allysa manakala anaknya langsung tidak diperdulikan.
Kami semua beredar masuk ke dalam kapal terbang, aku seperti biasa akan duduk jauh-jauh dari orang dan bersebelahan tingkap. Aku dapat rasakan ada seseorang duduk di sebelahku dan aku hanya buat tidak mengerti.
“You marahkan I ke Lysa sampai I duduk sebelah you pun you tak nak pandang.” Ujar Tengku Zarief terasa hati.
“Boleh tak awak duduk diam-diam kejap,” ujarku perlahan, bukan apa aku sebenarnya malas nak bercakap.
Tengku Zarief tersenyum nakal, “I miss you Lysa,” bisik Tengku Zarief di telinga Allysa membuatkan Allysa menjauh.
“Awak ni dah kenapa pula?” soalku sedikit bengang, masuk ni dua kali dia buat macam tu. Nak aje aku lempang mamat ni.
“Okey, okey sorry ya. Tapi serious I miss you so much, lama kita tak jumpa.” Rintih Tengku Zarief padaku.
I busy,” jawabku sambil melihat permandangan luar. Tengku Zarief mencebik tanda tidak puas hati, lepas itu Tengku Zarief tidak berkata apa-apa lagi.
Tengku Zafran yang duduk di sebelah mereka hanya memandang dengan muka yang merah, sememangnya dia tidak puas hati dengan adiknya.
“Hai, Tengku Zafran boleh I duduk sini? You pun tak ada kawan, so I temankan you nak tak?” soal Sarah Illyana mengoda sambil duduk disebelah tengku Zafran.
Tengku Zafran hanya buat tidak tahu, dalam fikirannya hanya Allysa dan Zarief sahaja. Dia akan buat sesuatu supaya mereka berjauhan. Dalam pada itu, dia dapat rasakan Sarah Illyana memegang tangannya membuatkan mukanya berubah.
“Apa yang you buat ni ha?” tengking Tengku Zafran pada Sarah Illyana membuatkan aku dan Zarief terus memandang Tengku Zafran. Muka Sarah Illyana sudah berubah merah akibat ditengking oleh Tengku Zafran.
“Kenapa bang?” soal Tengku Zarief pelik pada abangnya. Tak pasal-pasal nak mengamuk.
“Datin Kirana, baik Datin suruh anak Datin ni duduk dengan Datin sahaja. For your information saya sikit pun tak tergoda dengan anak Datin ni.” Marah Tengku Zafran lagi.
Muka Datin Kirana memerah menahan malu apabila Tengku Zafran berkata begitu padanya. Datuk Malik hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak tirinya itu.
Oh! Baru aku tahu kenapa singa tu mengamuk, hahahah. Baru kena buku dengan ruas bisik Allysa dalam hati sambil memusingkan kepalanya melihat permandangan luar.
“Zaf, sudahlah. Kita ada dalam flight jangan nak buat kecoh dekat sini. Ramai staf  kita dalam ni,” ujar Tengku Ikmal tegas. Dia tahu sangat perangai anaknya itu, suka marah tak kena tempat.
Daddy, whatever it is I don’t want this girl sit here.” Tegas suara Tengku Zafran membuat keputusan. Muka Sarah Illyana seperti udang bakar kerana menahan malu akibat kesilapannya tadi.
Tengku Ikmal dan Tengku Melati hanya menggelengkan kepala tanda tidak faham dengan anak mereka yang semakin berubah menjadi agak kasar sejak tinggal di Jepun.
Sarah Illyana membuat muka tebal, bangun lalu berlalu ke arah mamanya kerana terlalu malu dengan keadaan. Dia tidak menyangka bahawa Tengku Zafran begitu marah apabila dipegang begitu, sebelum ini semua lelaki suka apabila dipegang begitu.



SATU JAM kemudian sampailah mereka di lapangan terbang Langkawi. Sebuah bas telah pun menanti mereka untuk dibawa ke The Danna Langkawi Hotel yang telah ditempah oleh Datuk Malik dan Tengku Ikmal.
Sesampai sahaja disana semua masuk ke bilik masing-masing kerana terlalu letih. Aku pula setelah meletak beg, aku mengambil kamera Canon EOS 1100d lalu keluar dari bilik untuk mengambil gambar-gambar indah untuk disemadikan dalam blog. Heheheh kalau sempatlah.
Sedang asyik bergambar, aku tidak pula perasan ada yang sedang perhatikan aku. Bila aku pusing sahaja alangkah terkejutnya apabila Tengku Zafran sedang merenung tajam ke arahku. Apa masalahnya pun aku tidak tahu hinggakan dia merenungku macam aku ni bakal menjadi mangsa terkamannya sebentar lagi.
Dia menghampiriku, “tak sangka adik tiri kau tu memang pengoda.” Ujarnya menyentakkan aku.
So?” soalku acuk tak acuk sahaja. Malas sebenarnya hendak bercakap dengan singa ni, nanti jadi macam Sarah pula masa dalam flight tadi.
“Lebih baik kau suruh sahaja dia jauhkan diri, jangan nak cuba goda aku.” Bentak Tengku Zafran apabila Allysa tidak memberikan respon padanya.
“Kenapa tak awak sahaja beritahu dia? Kenapa suruh saya, lagipun diakan suka awak.” Jawabku menyakitkan hati dia, semuanya nak suruh aku buat. Ingat aku ni orang suruhan ke?
Muka Tengku Zafran berubah merah sekali lagi sambil mencengkap pergelangan tangan Allysa. “Kau tahukan aku cukup tak suka bila ada perempuan seperti itu menganggu hidup aku sama seperti kau!” tegas suaranya membuatkan aku tersentak.
“Awak tahu tak saya cukup benci pada awak kerana sikap awak yang macam singa ni, I think better you leave me alone here.” Ujarku sambil menolak dada bidangnya jauh dariku.
Aku ni memang tak tahan dengan perangai dia ni lagi, kalau ada projek dengan syarikat dia memang aku akan mengelak punyalah. Menyemak otak dan menyakitkan hati sahaja. Dia hanya memandang aku berlalu.



TIGA HARI di Langkawi memang menyeronokkan dengan aktiviti yang disediakan, tapi yang lebih menyeronokkan apabila Tengku Zarief dan Tengku Zafran tidak menganggu dia. Esok kami sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur, sekejap sahaja masa berlalu. Semua staf akan bekerja seperti biasa pada hari berikutnya, alangkah bahagianya apabila dapat menetap di sini lebih lama.
Pada malam harinya, Allysa mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di tepi pantai. Terasa damai sahaja angin malam di Langkawi ni, harap dapat datang lagi ke sini. Sedang berjalan di gigi air, Allysa terpandang dengan seseorang yang ingin di hindari.
Allysa yang ingin mengelak dari Tengku Zafran berpatah balik untuk pergi ke tempat lain, dengan sekelip mata sahaja Tengku Zafran sudah ada dihadapannya sambil merenung matanya tajam.
“Ish apa pandang-pandang ni?” soal Allysa terketar-ketar.
‘Ya Allah, cantiknya dia.’ Bisik hati Tengku Zafran sambil tersenyum.
Tengku Zafran menarik tangan Allysa supaya mengekorinya, “Hei, awak nak bawa saya pergi mana ni ha?” soal Allysa takut-takut, yelah dah la malam siapa nak tolong aku nanti.
 Tengku Zafran menariknya ke arah satu pondok yang cantik dipandangan matanya. Pondok yang diliputi daun-daun kelapa sebagai atap, Allysa yang seperti terleka menarik tangannya lalu menolak Tengku Zafran jauh darinya.
Tidak sempat melarikan diri, Tengku Zafran menarik Allysa ke dalam pelukannya, Allysa begitu tersentak dengan tindakan kurang sopan Tengku Zafran hanya mampu meronta kerana tidak tahan dengan bau Tengku Zafran yang agak busuk itu.
Selalunya bila berada di sebelah lelaki ini, baunya memang menyegarkan tetapi mala mini bau itu tiada yang ada hanya bau busuk sahaja seperti bau arak. Allysa terus-terusan menolak Tengku Zafran supaya melepaskannya.
Tengku Zafran yang mula berang menarik muka Allysa mengadapnya lalu dia mencium bibir merah milik Allysa. Allysa terkesima dengan tindakan Tengku Zafran mula bengang lalu menolak kuat dada Tengku Zafran lalu menampar dengan kuat muka Tengku Zafran hingga merah padam.
“Awak memang kurang ajar dan biadap, saya tak nak tengok muka awak dihadapan saya lagi!” maki Allysa dengan kuat menyentakkan Tengku Zafran.
Sememangnya dia tidak menyangka, Tengku Zafran sanggup berbuat begitu padanya. Allysa melarikan diri ke hotel meninggalkan Tengku Zafran dengan rasa bersalah. Air mata yang ditahan selama ini mengalir di pipinya, sambil memegang bibirnya yang dikucup oleh lelaki bukan muhrimnya sebentar tadi. Terasa menyesal pula keluar sendirian pada malam terakhir ini.
“Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat dia?” rintih Tengku Zafran perlahan.
Tengku Zafran terasa menyesal apabila melakukan perkara seperti itu pada Allysa, dia sememangnya sudah tidak tahan dengan gelora hatinya apabila bersama dengan Allysa. Memang diakui bahawa sekarang baru dia tahu, dia begitu mencintai seorang gadis yang lincah bernama Puteri Allysa Diesya.

2 comments: